Skip to main content

tong sampah mesra alam..

assalamualaikum ...  mlm ni google sikit pasal idea untuk kelas ent.. ada la terbaca pasal produk inovasi..tp nak cerita kat sini  panjang sangat.. memandangkan mood hari ni tak berapa ok.. so saya copy paste je la. untuk dikongsi bersama.......saya ambil dari blog ZAWS Agrotech..so... baca selamat membaca,..

TONG SAMPAH MESRA ALAM - BioCom



Tong Sampah BioCom ini diperkenalkan oleh Negara Belanda bagi mengatasi pembuangan bahan organik iaitu kira-kira 60 ke 80% dari bahan sisa pejal yang lain. Ia berupaya untuk mengitar semula bahan organik secara semulajadi dan menukarkannya kepada baja organik. Tong sampah dengan kapasiti 240 liter ini berupaya untuk memproses sisa bahan organik dalam tempoh 2 hingga 4 bulan, bergantung kepada bahan yang dibuang.

Antara bahan yang boleh dimasukkan kedalam tong sampah ini adalah sisa makanan, kertas tisu, rumput, ranting yang dipotong kecil dan sebagainya. Manakala bahan yang tidak sepatutnya dibuang adalah bahan yang diperbuat dari besi, plastik, kaca, tulang, batu, pasir,daging dan sisa lemak yang terlalu banyak kerana dikhuatiri akan menghasilkan bau yang kurang enak.

Tong sampah ini turut disertakan cacing yang dipilih bagi mempercepatkan proses kitar semula serta membantu pengudaraan yang lebih baik di dalam tong sampah ini. Tong sampah ini mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan menyebabkan proses semulajadi ini menghasilkan baja organik yang berkualiti tinggi dan tidak menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

Tong sampah ini telah dibeli oleh JPS Pahang sebanyak 75 unit dan akan diagihkan kepada setiap Daerah, MPK,TDA, Majlis Daerah Pekan dan Majlis Daerah Rompin.

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
TINGKAT 8, KOMPLEKS TUN RAZAK,
BANDAR INDERA MAHKOTA
25626 KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR


p/s:best kan kalau produk ni di pasarkan ke seluruh dunia.. masalah pencemaran sampah tak akan berlaku...

Comments

Popular posts from this blog

GEMPA BUMI DI MALAYSIA? BERSEDIAKAH KITA..

MALAYSIA GEMPA BUMI?  Malaysia dikejutkan dengan satu gempa bumi lemah Pertama  pada 2025 iaitu  pada 24 Ogos 2025 di lima kilometer (km) Barat Segamat, Johor dengan 4.1 magnitud pada pukul 6.13 pagi.  Gempa Bumi Kedua dilaporkan pada 9 pagi hari yang sama di 28 km barat Laut Kluang, Johor dengan 2.8 magnitud. Gempa bumi ketiga pula dikesan pada 27 Ogos 2025 dengan 3.2 Magnitud dikesan di 18km Selatan Segamat, Johor pada jam 8.59 pagi.  Gempa bumi keempat direkodkan lemah 2.5 magnitud di 13km utara Segamat, Johor pada 7.56 malam pada 28 Ogos 2025.  Gempa bumi kelima dilaporkan lagi pada 29 Ogos 2025 pada pukul 4.24 pagi dengan gegaran 3.4 magnitud  di utara Segamat, Johor.  Gempa bumi keenam  disahkan NADMA Malaysia pada 30 Ogos 2025 dengan 2.7 magnitud di dua km Barat Laut Segamat pada jam 7.29 pagi. Gempa bumi ketujuh  berlaku di Semerah, Batu Pahat, Johor dengan 3.0 magnitud pada 1.57 tengahari 31 Ogos 2025. Gempa bumi kelapan...

PERCAYAKAH ANDA LOKASI FOTOGRAFI DI GUA MUSANG SETARAF LOKASI POPULAR

Sebut sahaja background fotografi menarik, semestinya terbayang dalam fikiran lokasi yang ekslusif dan diambil menggunakan kamera canggih. Tapi tahukan anda di Kawasan luar bandar seperti di Daerah Gua Musang Juga terdapat kawasan menarik yang ekslusif yang mungkin akan menarik minat penduduk sekitar untuk berkunjung ke sana.

andai aku alam..

Andai aku adalah alam , sememangnya aku kan merajuk dengan manusia.. Abaikan diriku untuk nafsu jiwa mereka.. Sakiti aku untuk kemajuan dan kemodenan katanya... Tulangku(gunung) dihancurkan... Rambutku(pokok2) disental-sental.. Sakitnya... mencipta dendamku.. Andai aku adalah alam , Sememangnya aku marah pada manusia.. Ingin rasanya ku sakiti mereka.. Andai aku alam ,menyakiti kalian... Jangan kalian bertanya.. Kenapa kami menjadi mangsa..? Kenapa kami di sini  bukan mereka yang disana...? Apa dosa kami??? Manusia memang mudah lupa... Apabila ramai manusia terkorban... Aku!!.. alam yang dipersalahkan... "oh..ramai saudaraku mati.. semua angkara tsunami" "keluargaku terkorban angkara puting beliung" "sahabatku hangus ditenggelami gunung berapi" Salahkah aku membela diri apabila disakiti?? Salahkah aku memberi pengajaran kepada manusia yang buta jiwanya...?? Salahkah aku memperingati manusia tentang apa yang dilakukannya itu sa...