Wednesday, September 6, 2017

Mercu Tanda bagi daerah  Gua Musang

Tahun lepas. Pada 18, 19 dan 20 November 2016,  saya berkesempatan turut serta bersama exco Majlis Belia Jajahan Gua Musang  telah mengadakan program anak angkat yang melibatkan pelajar Jerman dari Universiti Kebangsaan Malaysia UKM di Homestay Kg Batu Papan, Gua Musang. Seramai 22 orang pelajar pertukaran dari Jerman dan seramai 10 orang pelajar persediaan ke Jerman yang bertidak sebagai Translator mengikuti Program ini. Program anjuran bersama Majlis Belia Kelantan, UKM, KESEDAR, RISDA,JPAM, JAKOA,  Jabatan Penerangan, Tourism Malaysia, dan Jabatan Belia Dan Sukan  negeri Kelantan  ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam itu telah menempatkan Pelajar Jerman di 15 buah keluarga angkat. 
  




 Banyak aktiviti Menarik dan moment yang best. saya Akan Ceritakan lain kali. Hari ini, saya cuma nak kongsikan Pengalaman Pertama kali saya mendaki Bukit Gua Musang bersama sahabat- sahabat yang baru saya kenal.

  Hari Kedua program pukul 7 Pagi dah bersiap siap tunggu di Stesen Keretapi Lama Gua Musang Yang Terletak betul- betul di kaki bukit Gua Musang

 

Taklimat disampaikan oleh anggota Rela  dan sedikit regangan dan pemanasan badan sebelum mulakan Pendakian

 




 misi mendaki perlu sangat berhati-hati kerana kawasan batu yang lembab dan basah memerlukan kami menggunakan tali

 setelah penat mendaki lebih kurang 40 minit kami dibawa ke lubang sempit yang mempunyai Pembentukan Batu Gua yang Menyerupai Gong. (Gendang Masyarakat Melayu dulu-dulu) tiada Jalan




seperti berada di pentas opera yang sangat gah. ianya adalah pembentukan dari kesan  angin yang masuk melalui lubang Gua




Batu gua yang kelihatan seolah buah belimbing.. dibawahnya ada kolam air yang sangat jernih dan sejuk ..





laluan sempit untuk masuk ke dalam gua antara cabaran yang kami lalui untuk sampai ke puncak.




di Puncak Bukit Gua Musang. Kami dapat Lihat seluruh bandar Gua Musang dari atas sini.




setelah turun dari Gua Musang.. Sesi bergambar. semua kontrol muka penat.