Skip to main content

GEMPA BUMI DI MALAYSIA? BERSEDIAKAH KITA..

MALAYSIA GEMPA BUMI? 

Malaysia dikejutkan dengan satu gempa bumi lemah Pertama pada 2025 iaitu  pada 24 Ogos 2025 di lima kilometer (km) Barat Segamat, Johor dengan 4.1 magnitud pada pukul 6.13 pagi. Gempa Bumi Kedua dilaporkan pada 9 pagi hari yang sama di 28 km barat Laut Kluang, Johor dengan 2.8 magnitud.

Gempa bumi ketiga pula dikesan pada 27 Ogos 2025 dengan 3.2 Magnitud dikesan di 18km Selatan Segamat, Johor pada jam 8.59 pagi. 

Gempa bumi keempat direkodkan lemah 2.5 magnitud di 13km utara Segamat, Johor pada 7.56 malam pada 28 Ogos 2025. 

Gempa bumi kelima dilaporkan lagi pada 29 Ogos 2025 pada pukul 4.24 pagi dengan gegaran 3.4 magnitud  di utara Segamat, Johor. 

Gempa bumi keenam disahkan NADMA Malaysia pada 30 Ogos 2025 dengan 2.7 magnitud di dua km Barat Laut Segamat pada jam 7.29 pagi.

Gempa bumi ketujuh berlaku di Semerah, Batu Pahat, Johor dengan 3.0 magnitud pada 1.57 tengahari 31 Ogos 2025.

Gempa bumi kelapan pula berlaku pada 3 September 2025, berukuran 2.9 magnitud di kawasan Sri Medan, Parit Sulong, Batu Pahat pada pukul 6.39 petang.

Berdasarkan kepada kekerapan gempa bumi yang menimpa malaysia terutama di Johor sedikit memberi kebimbangan kepada kita rakyat Malaysia yang selama ini bebas dari sebarang gempa bumi. Walaubagaimana pun kita perlu bersedia menerima perubahan fenomena iklim ini dan tidak panik serta bersedia dari segi pengetahuan dan bersedia menghadapi apa juga kemungkinan. 


APA ITU GEMPA BUMI?

Gempa bumi adalah pergerakan mengejut permukaaan bumi disebabkan oleh pergerakan batuan di sepanjang garis sesar atau di atas persempadanan plat tektonik. Walaubagaimanapun, gempa bumi juga boleh disebabkan oleh aktiviti gunung berapi. Semakin besar saiz gempa bumi, semakin besar kemusnahan yang dibawa.


 

KENAPA GEMPA TERJADI DI MALAYSIA ?

Sumber dari MetMalaysia, menjangkakan kesemua kejadian gempa bumi ini berkemungkinan berlaku di Zon Sesar Mersing di Semenanjung Malaysia. 

ZON SESAR KUNO 
Zon sesar terbentuk apabila dua jasad batuan yang terpisah oleh garis sesar bergerak menjauhi, mendekati atau bergeser antara satu sama lain melalui garis sesar terbabit. situasi ini terjadi apabila ada gegaran di bawah kerak bumi. Sesar Kuno telah wujud mempunyai kecenderungan tinggi untuk bergerak atau bergeser lalu menyebabkan gempa di permukaan. Sesar ini diklasifikasikan sebagai sesar aktif. 

Semakan awal peta geologi menunjukkan pusat gempa Segamat terletak berhampiran lanjutan Zon Sesar Mersing, yang berorientasi Barat-Barat Laut hingga Timur-Tenggara. 

kerak benua di Semenanjung Malaysia masih menyimpan tegasan tektonik yang boleh dilepaskan secara tiba-tiba. Kedalaman gempa (lebih kurang 10 km) mengesahkan ia berpunca daripada pergerakan kerak benua, bukan aktiviti gunung berapi atau subduksi laut dalam

pengaktifan semula sesar kuno bukan perkara baharu di Semenanjung dengan rekod gempa terdahulu termasuk di Bukit Tinggi, Pahang (2007-2010); Kenyir, Terengganu (1984); Kuala Pilah, Negeri Sembilan (1987) dan Manjung-Temenggor, Perak (1990-an)

SEKIRANYA GEMPA, APA LANGKAH PERTAMA? 

Langkah keselamatan gempa bumi:

Sebelum gempa bumi

- Periksa – Kenal pasti bahaya seperti objek mudah tumbang.

- Rancang – Sediakan pelan kecemasan dan komunikasi.

- Sedia – Lengkapkan beg kecemasan di tempat mudah dicapai.

- Minimumkan impak – Simpan dokumen penting, kukuhkan rumah, ambil perlindungan insurans jika perlu.

Semasa gempa bumi

- Jangan panik – Tenangkan diri.

- Tunduk, lindung dan bertahan – Cari perlindungan di bawah meja kukuh.

- Jika memandu – Hentikan kenderaan di tempat selamat.


Selepas gegaran

- Cari jalan keluar – Elakkan lif.

- Jauhi bangunan dan pesisir pantai – Kurangkan risiko runtuhan atau tsunami.

- Berkumpul di kawasan lapang – Ikut arahan pihak berkuasa.



SUMBER RUJUKAN UNTUK BENCANA GEMPA BUMI DI MALAYSIA. 

Rakyat Malaysia diminta peka dengan maklumat semasa  dari Jabatan Mateorologi malaysia (MetMalaysia) dan  Jabatan Mineral Dan geosains (JMG)

Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) pula yang beroperasi 24 Jam setiap hari akan sentiasa mamntau situasi cuaca.  

selain itu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan  mengeluarkan kenyataan dan akan bekerjasama pentadbiran setempat  seperti Pegawai daerah bagi menyampaikan maklumat yang tepat dan pantas. 

Orang ramai kini boleh melaporkan aduan mengenai gempa bumi atau bencana geologi lain melalui aplikasi MyGEMS untuk membantu Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia - JMG (JMG) dan agensi berkaitan untuk mengumpulkan maklumat secara lebih sistematik serta teratur.

Maklumat yang dilaporkan ini amat penting untuk pelaksanaan pemantauan, analisis dan tindakan susulan dengan lebih berkesan demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Berikut adalah video demo aduan bencana geologi (gempa bumi) yang boleh dibuat melalui aplikasi MyGEMS.


Comments

Popular posts from this blog

tong sampah mesra alam..

assalamualaikum ...  mlm ni google sikit pasal idea untuk kelas ent.. ada la terbaca pasal produk inovasi..tp nak cerita kat sini  panjang sangat.. memandangkan mood hari ni tak berapa ok.. so saya copy paste je la. untuk dikongsi bersama.......saya ambil dari blog ZAWS Agrotech..so... baca selamat membaca,.. TONG SAMPAH MESRA ALAM - BioCom Tong Sampah BioCom ini diperkenalkan oleh Negara Belanda bagi mengatasi pembuangan bahan organik iaitu kira-kira 60 ke 80% dari bahan sisa pejal yang lain. Ia berupaya untuk mengitar semula bahan organik secara semulajadi dan menukarkannya kepada baja organik. Tong sampah dengan kapasiti 240 liter ini berupaya untuk memproses sisa bahan organik dalam tempoh 2 hingga 4 bulan, bergantung kepada bahan yang dibuang. Antara bahan yang boleh dimasukkan kedalam tong sampah ini adalah sisa makanan, kertas tisu, rumput, ranting yang dipotong kecil dan sebagainya. Manakala bahan yang tidak sepatutnya dibuang adalah bahan yang dipe...
masjid kuala Pahang merupakan masjid yang satu- satunya bercirikan  teknologi hijau di pahang. Masjid yang dibina dengan kos sebanyak RM2.5 juta itu dilengkapi panel solar dan kincir angin serta sistem kitaran semula air hujan bagi menjimatkan penggunaan air sedia ada. Ia dibina atas tanah berkeluasan satu ekar bagi menggantikan masjid lama untuk keselesaan penduduk setempat menjalankan ibadah. masjid ini dibina oleh syarikat Landasan Kapital (M) Sdn Bhd selain itu, di kedah juga terdapat sebuah masjid yang turut bercirikan teknologi hijau di bina. masjid tersebut merupakan masjid Alfateh. masjid tersebut boleh menjana tenaga elektrik dengan pemasangan panel solar fotovoltan (PV) yang mampu menjana 12 kilowatt tenaga elektrik dengan pemasangan  100 unit panel solar yang  bernilai RM100,000.  di kelantan, Menyahut inisiatif kerajaan dalam memperluaskan penggunaan tenaga boleh diperbaharui (RE), Jawatankuasa Masjid al Quddus Paya Bemban...
MENJELAJAH GUA MUSANG.  Mercu Tanda bagi daerah  Gua Musang Tahun lepas. Pada 18, 19 dan 20 November 2016,  saya berkesempatan turut serta bersama exco Majlis Belia Jajahan Gua Musang   telah mengadakan program anak angkat yang melibatkan pelajar Jerman dari Universiti Kebangsaan Malaysia UKM di Homestay Kg Batu Papan, Gua Musang. Seramai 22 orang pelajar pertukaran dari Jerman dan seramai 10 orang pelajar persediaan ke Jerman yang bertidak sebagai Translator mengikuti Program ini. Program anjuran bersama Majlis Belia Kelantan, UKM, KESEDAR, RISDA,JPAM, JAKOA,   Jabatan Penerangan, Tourism Malaysia, dan Jabatan Belia Dan Sukan   negeri Kelantan   ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam itu telah menempatkan Pelajar Jerman di 15 buah keluarga angkat.         Banyak aktiviti Menarik dan moment yang best. saya Akan Ceritakan lain kali. Hari ini, saya cuma nak kongsikan Pengalaman Pertama kali saya me...