Skip to main content

andai aku alam..

Andai aku adalah alam, sememangnya aku kan merajuk dengan manusia..
Abaikan diriku untuk nafsu jiwa mereka..
Sakiti aku untuk kemajuan dan kemodenan katanya...
Tulangku(gunung) dihancurkan...
Rambutku(pokok2) disental-sental..
Sakitnya... mencipta dendamku..


Andai aku adalah alam,
Sememangnya aku marah pada manusia..
Ingin rasanya ku sakiti mereka..


Andai aku alam,menyakiti kalian...
Jangan kalian bertanya..
Kenapa kami menjadi mangsa..?
Kenapa kami di sini  bukan mereka yang disana...?
Apa dosa kami???


Manusia memang mudah lupa...
Apabila ramai manusia terkorban...
Aku!!..alam yang dipersalahkan...
"oh..ramai saudaraku mati.. semua angkara tsunami"
"keluargaku terkorban angkara puting beliung"
"sahabatku hangus ditenggelami gunung berapi"


Salahkah aku membela diri apabila disakiti??
Salahkah aku memberi pengajaran kepada manusia yang buta jiwanya...??
Salahkah aku memperingati manusia tentang apa yang dilakukannya itu salah dan melanggar Fitrah kehidupan..?


Aku adalah alam
Aku ingin ingatkan manusia.. aku adalah alam
Aku juga adalah ciptaan Tuhan..aku adalah amanah kalian di atas muka bumi...
Ingatkah kalian, Tuhan telah ciptakan kalian di atas muka bumi sebagai khalifah diatas muka bumi??
Tuhan amanahkan kalian untuk mentadbir aku!! alam!! sebaiknya..
Jadi mengapa kalian ingkar perintah tuhan..????
Tuhan telah perintahkan aku untuk musnahkan kaum kalian yang tidak bersyukur dan membuat Kerosakan di atas muka bumi ciptaanNya...
Renungkan bersama....

Comments

  1. "bencana tsunami di jepun... tak sangka negara yang maju ...bangunan dan kereta dihanyutkan macam sampah yang dihanyutkan arus air di dalam longkang..tidak dapat dibanyangkan manusia di dalamnya"..subahanaAllah...Ampunkan dosa2 kami Ya Allah..
    semoga bencana ini menjadi ikhtibar kepada kita sekalian..

    ReplyDelete
  2. salam..betul tu, saya dan kawan2 baru je habiskan projek ttg kelestarian sumber yang kini semakin terhad dan terancam ..huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

tong sampah mesra alam..

assalamualaikum ...  mlm ni google sikit pasal idea untuk kelas ent.. ada la terbaca pasal produk inovasi..tp nak cerita kat sini  panjang sangat.. memandangkan mood hari ni tak berapa ok.. so saya copy paste je la. untuk dikongsi bersama.......saya ambil dari blog ZAWS Agrotech..so... baca selamat membaca,.. TONG SAMPAH MESRA ALAM - BioCom Tong Sampah BioCom ini diperkenalkan oleh Negara Belanda bagi mengatasi pembuangan bahan organik iaitu kira-kira 60 ke 80% dari bahan sisa pejal yang lain. Ia berupaya untuk mengitar semula bahan organik secara semulajadi dan menukarkannya kepada baja organik. Tong sampah dengan kapasiti 240 liter ini berupaya untuk memproses sisa bahan organik dalam tempoh 2 hingga 4 bulan, bergantung kepada bahan yang dibuang. Antara bahan yang boleh dimasukkan kedalam tong sampah ini adalah sisa makanan, kertas tisu, rumput, ranting yang dipotong kecil dan sebagainya. Manakala bahan yang tidak sepatutnya dibuang adalah bahan yang dipe...
masjid kuala Pahang merupakan masjid yang satu- satunya bercirikan  teknologi hijau di pahang. Masjid yang dibina dengan kos sebanyak RM2.5 juta itu dilengkapi panel solar dan kincir angin serta sistem kitaran semula air hujan bagi menjimatkan penggunaan air sedia ada. Ia dibina atas tanah berkeluasan satu ekar bagi menggantikan masjid lama untuk keselesaan penduduk setempat menjalankan ibadah. masjid ini dibina oleh syarikat Landasan Kapital (M) Sdn Bhd selain itu, di kedah juga terdapat sebuah masjid yang turut bercirikan teknologi hijau di bina. masjid tersebut merupakan masjid Alfateh. masjid tersebut boleh menjana tenaga elektrik dengan pemasangan panel solar fotovoltan (PV) yang mampu menjana 12 kilowatt tenaga elektrik dengan pemasangan  100 unit panel solar yang  bernilai RM100,000.  di kelantan, Menyahut inisiatif kerajaan dalam memperluaskan penggunaan tenaga boleh diperbaharui (RE), Jawatankuasa Masjid al Quddus Paya Bemban...
MENJELAJAH GUA MUSANG.  Mercu Tanda bagi daerah  Gua Musang Tahun lepas. Pada 18, 19 dan 20 November 2016,  saya berkesempatan turut serta bersama exco Majlis Belia Jajahan Gua Musang   telah mengadakan program anak angkat yang melibatkan pelajar Jerman dari Universiti Kebangsaan Malaysia UKM di Homestay Kg Batu Papan, Gua Musang. Seramai 22 orang pelajar pertukaran dari Jerman dan seramai 10 orang pelajar persediaan ke Jerman yang bertidak sebagai Translator mengikuti Program ini. Program anjuran bersama Majlis Belia Kelantan, UKM, KESEDAR, RISDA,JPAM, JAKOA,   Jabatan Penerangan, Tourism Malaysia, dan Jabatan Belia Dan Sukan   negeri Kelantan   ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam itu telah menempatkan Pelajar Jerman di 15 buah keluarga angkat.         Banyak aktiviti Menarik dan moment yang best. saya Akan Ceritakan lain kali. Hari ini, saya cuma nak kongsikan Pengalaman Pertama kali saya me...