Skip to main content

andai aku alam..

Andai aku adalah alam, sememangnya aku kan merajuk dengan manusia..
Abaikan diriku untuk nafsu jiwa mereka..
Sakiti aku untuk kemajuan dan kemodenan katanya...
Tulangku(gunung) dihancurkan...
Rambutku(pokok2) disental-sental..
Sakitnya... mencipta dendamku..


Andai aku adalah alam,
Sememangnya aku marah pada manusia..
Ingin rasanya ku sakiti mereka..


Andai aku alam,menyakiti kalian...
Jangan kalian bertanya..
Kenapa kami menjadi mangsa..?
Kenapa kami di sini  bukan mereka yang disana...?
Apa dosa kami???


Manusia memang mudah lupa...
Apabila ramai manusia terkorban...
Aku!!..alam yang dipersalahkan...
"oh..ramai saudaraku mati.. semua angkara tsunami"
"keluargaku terkorban angkara puting beliung"
"sahabatku hangus ditenggelami gunung berapi"


Salahkah aku membela diri apabila disakiti??
Salahkah aku memberi pengajaran kepada manusia yang buta jiwanya...??
Salahkah aku memperingati manusia tentang apa yang dilakukannya itu salah dan melanggar Fitrah kehidupan..?


Aku adalah alam
Aku ingin ingatkan manusia.. aku adalah alam
Aku juga adalah ciptaan Tuhan..aku adalah amanah kalian di atas muka bumi...
Ingatkah kalian, Tuhan telah ciptakan kalian di atas muka bumi sebagai khalifah diatas muka bumi??
Tuhan amanahkan kalian untuk mentadbir aku!! alam!! sebaiknya..
Jadi mengapa kalian ingkar perintah tuhan..????
Tuhan telah perintahkan aku untuk musnahkan kaum kalian yang tidak bersyukur dan membuat Kerosakan di atas muka bumi ciptaanNya...
Renungkan bersama....

Comments

  1. "bencana tsunami di jepun... tak sangka negara yang maju ...bangunan dan kereta dihanyutkan macam sampah yang dihanyutkan arus air di dalam longkang..tidak dapat dibanyangkan manusia di dalamnya"..subahanaAllah...Ampunkan dosa2 kami Ya Allah..
    semoga bencana ini menjadi ikhtibar kepada kita sekalian..

    ReplyDelete
  2. salam..betul tu, saya dan kawan2 baru je habiskan projek ttg kelestarian sumber yang kini semakin terhad dan terancam ..huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

GEMPA BUMI DI MALAYSIA? BERSEDIAKAH KITA..

MALAYSIA GEMPA BUMI?  Malaysia dikejutkan dengan satu gempa bumi lemah Pertama  pada 2025 iaitu  pada 24 Ogos 2025 di lima kilometer (km) Barat Segamat, Johor dengan 4.1 magnitud pada pukul 6.13 pagi.  Gempa Bumi Kedua dilaporkan pada 9 pagi hari yang sama di 28 km barat Laut Kluang, Johor dengan 2.8 magnitud. Gempa bumi ketiga pula dikesan pada 27 Ogos 2025 dengan 3.2 Magnitud dikesan di 18km Selatan Segamat, Johor pada jam 8.59 pagi.  Gempa bumi keempat direkodkan lemah 2.5 magnitud di 13km utara Segamat, Johor pada 7.56 malam pada 28 Ogos 2025.  Gempa bumi kelima dilaporkan lagi pada 29 Ogos 2025 pada pukul 4.24 pagi dengan gegaran 3.4 magnitud  di utara Segamat, Johor.  Gempa bumi keenam  disahkan NADMA Malaysia pada 30 Ogos 2025 dengan 2.7 magnitud di dua km Barat Laut Segamat pada jam 7.29 pagi. Gempa bumi ketujuh  berlaku di Semerah, Batu Pahat, Johor dengan 3.0 magnitud pada 1.57 tengahari 31 Ogos 2025. Gempa bumi kelapan...
masjid kuala Pahang merupakan masjid yang satu- satunya bercirikan  teknologi hijau di pahang. Masjid yang dibina dengan kos sebanyak RM2.5 juta itu dilengkapi panel solar dan kincir angin serta sistem kitaran semula air hujan bagi menjimatkan penggunaan air sedia ada. Ia dibina atas tanah berkeluasan satu ekar bagi menggantikan masjid lama untuk keselesaan penduduk setempat menjalankan ibadah. masjid ini dibina oleh syarikat Landasan Kapital (M) Sdn Bhd selain itu, di kedah juga terdapat sebuah masjid yang turut bercirikan teknologi hijau di bina. masjid tersebut merupakan masjid Alfateh. masjid tersebut boleh menjana tenaga elektrik dengan pemasangan panel solar fotovoltan (PV) yang mampu menjana 12 kilowatt tenaga elektrik dengan pemasangan  100 unit panel solar yang  bernilai RM100,000.  di kelantan, Menyahut inisiatif kerajaan dalam memperluaskan penggunaan tenaga boleh diperbaharui (RE), Jawatankuasa Masjid al Quddus Paya Bemban...

PERCAYAKAH ANDA LOKASI FOTOGRAFI DI GUA MUSANG SETARAF LOKASI POPULAR

Sebut sahaja background fotografi menarik, semestinya terbayang dalam fikiran lokasi yang ekslusif dan diambil menggunakan kamera canggih. Tapi tahukan anda di Kawasan luar bandar seperti di Daerah Gua Musang Juga terdapat kawasan menarik yang ekslusif yang mungkin akan menarik minat penduduk sekitar untuk berkunjung ke sana.