masjid kuala Pahang merupakan masjid yang satu- satunya bercirikan teknologi hijau di pahang. Masjid yang dibina dengan kos sebanyak RM2.5 juta itu dilengkapi panel solar dan kincir angin serta sistem kitaran semula air hujan bagi menjimatkan penggunaan air sedia ada. Ia dibina atas tanah berkeluasan satu ekar bagi menggantikan masjid lama untuk keselesaan penduduk setempat menjalankan ibadah. masjid ini dibina oleh syarikat Landasan Kapital (M) Sdn Bhd selain itu, di kedah juga terdapat sebuah masjid yang turut bercirikan teknologi hijau di bina. masjid tersebut merupakan masjid Alfateh. masjid tersebut boleh menjana tenaga elektrik dengan pemasangan panel solar fotovoltan (PV) yang mampu menjana 12 kilowatt tenaga elektrik dengan pemasangan 100 unit panel solar yang bernilai RM100,000. di kelantan, Menyahut inisiatif kerajaan dalam memperluaskan penggunaan tenaga boleh diperbaharui (RE), Jawatankuasa Masjid al Quddus Paya Bemban...